Isa Samad BUKAN Calon Terbaik UMNO

Friday, September 11, 2009

[PRK N.31 Bagan Pinang] PAS perlu calon yang dekat di hati pengundi

Calon Pas 2008 (atas)
Keputusan 2004 & 2008 (bawah)

Berikut senarai calon favourite PAS yang sedang dipertimbangkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, presiden PAS.

1. Zulkefly Mohamad Hj. Omar - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
- Bekas calon di Dun Lenggeng dan tewas sejak 1999

2. Ustaz Mohd. Kassim Tahir - AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan
- Bekas Ketua Dewan Ulama PAS Begeri Sembilan - sila rujuk sini. (bukan Ketua Dewan Ulama)

3. Haji Ramli bin Ismail - YDP PAS Kawasan Teluk Kemang
- Calon PAS PRU 2008 di DUN Bagan Pinang

4. Dr. Rosli Yaakob - Mantan Pesuruhjaya PAS
- Bekas calon DUN Linggi 1999 dan bekas calon Parlimen Jelebu dan DUN Paroi 2004

Dari senarai ini, calon ketiga iaitu Haji Ramli bin Ismail bekas calon PRU 2008 di DUN ini wajar diberi peluang sekali lagi untuk memimpin DUN Bagan Pinang. Sebagai seorang anak tempatan dan bekas tentera kelebihan yang dimiliki ini pastinya pilihan terbaik pengundi DUN Bagan Pinang. Harus diingat, sentimen anak tempatan pasti akan dijadikan isu oleh Umno andai Zulkefly Omar dipilih, manakala faktor usia bagi calon pilihan kedua ustaz Kasim Tahir dan faktor kemampuan Dr. Rosli Yaakob yang sibuk berurus niaga di luar negara sekiranya dipilih menjadi calon. Sekiranya Pas gagal memilih calon yang terbaik impian penyokong Pakatan Rakyat meraikan kemenangan ke-8 hanya akan tinggal kenangan. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal.

5 comments:

  1. Saya merayu Pas nmengambil kira sensitiviti pengundi Bagan Pinang. Calon 2008 adalah yang paling sesuai berbanding calon-calon lain. Tan Sri Isa bukan sahaja dikenali di sini malah seluruh negara.

    Calon PJ Pas mempunyai masalah peribadi dengan pemimpin bawahan di Seremban dan mana mungkin Pas Seremban akan membantu beliau disini sekiranya terpilih sebagai calon.

    Calon Ustaz Kasim Tahir adala bekas orang kuat Tan Sri Isa. Fikir2kanlah.

    Calon Dr. Rosli budah lama pencen dari politik Pas Negeri Sembilan.

    Pemerhati PAS N9

    ReplyDelete
  2. Saya harap pimpinan Pas Pusat memilih calon dari bekas pegawai tentera dan berpendidikan tinggi yang komited dgn Pas. Kita perlu mengambilkira faktor undi tentera di sana. Perlu diingat ttg tumpuan media dan mainan lawan jika kita terpilih calon bukan tempatan, pendidikan, umur dan sahsiah diri yang tidak cemerlang. Pengalaman di Manik Urai patut diperhatikan. Praya kecil akan menjadi perkampungan besar dan pasti berbagai isu akan dibangkitkan. Kita semua sedar ttg Bagan Pinang itu kubu UMNO dan ribuan undi pos maka jangan pandang itu perkara mudah!! Jika ada calon yang menarik tentu motivasi kerja untuk Bgn Pinang lebih bersemangat. Saya tetap mahukan bekas pegawai tentera dan berpendidikan tinggi ditonjolkan.

    ReplyDelete
  3. Saya sokong x-commando. Kekalahan lepas kerana undi pos.

    ReplyDelete
  4. saya telah huraikan dlm blog saya,allazaidi.blogspot.com betapa pentingnya calon temapatan di letakan.sekiranya silap calon bermakna kekalahan menunggu Pas.Harus diingat bahawa PJ NS saudara Zul telah beberapa kali kecundang di tempat sendiri,memungkinkan Umno akan menggunakan isu ini sekaligus sentimen anak tempatan mungkin mempengaruhi pengundi.Isa Samad merupakan bekas MB dan beliau begitu masak memainkan isu ini.Jawatan kuasa pemilih harus memikirkan dari segala aspek,bagi merintis kemenangan.Buatlah keputusan terbaik dan akhirnya kita serahkan kpd Allah setelah kita berusaha..........wazkur...rabbaka...fi...nafsika...

    ReplyDelete
  5. allatifi,
    saya melihat zul ni sebagai lambang kekalahan. tiada ciri2 kepimpinan. Melihat cara beliau naik sebagai PJ sahaja kita sudah boleh tahu bahawa beliau teringin sangat dengan kuasa.

    Ketika Dr. Rosli sedang memegang jawatan PJ, org2 zul seperti cikgu hasan telah mengutip tandatangan menyatakan sokongan terhadap zul utk jd PJ. Selepas berjaya beliau cuba bertanding ydp seremban tapi tewas. Byk cwgn2 kecewa dgn sikap jijik yg ditunjukkan beliau yg merampas PJ dari Dr. Rosli. Perebutan kuasa menyebabkan kawasan seremban digantung.

    ReplyDelete

Laman Alternatif Pilihanraya Kecil N.31 Bagan Pinang

Salam Ramadhan, Salam Merdeka!!!

Sempena pilihanraya kecil N.31 Dun Bagan Pinang yang dijangka berlangsung selapas Aidilfitri. Blog ini diwujudkan sebagai persediaan menghadapi PRK ini dan diharapkan semua sumber maklumat dapat disatukan dan dapat disampaikan agar dapat menjadi panduan kepada setiap pengundi untuk memilih calon. Semoga saudara/saudari dapat memanfaat daripada teknologi pada hari ini.