SPR telah menentukan bahawa daftar pemilih yang akan digunakan dalam Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 04 September 2009. Daftar pemilih bagi Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos.Bagi maksud pilihan raya kecil ini, SPR telah memutuskan untuk menggunakan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi
Undi setelah mengambil kira faktor-faktor kesesuaian tempat itu. Bagi urusan pengundian pos pula, proses pengeluaran dan pengiraan Undi Pos akan dibuat di Bilik Mesyuarat Pejabat
Daerah Port Dickson. Manakala Pusat Mengundi pula, sebanyak lapan (8) buah Pusat Mengundi yang melibatkan lapan (8) buah sekolah dan 18 Tempat Mengundi (Saluran). Dalam Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan seramai 275 orang petugas akan terlibat dalam pengendalian pilihan raya kecil itu dan mereka ini akan diberikan latihan yang mencukupi bagi memastikan proses pilihan raya kecil itu berjalan dengan lancar. Baca lagi.
KM 1, Jalan Pantai
71009 Port Dickson
Negeri Sembilan Darul Khusus
* Kepada penyokong pakatan rakyat ingin turut serta perarakan calon tetapi kurang arif dengan bandar Port Dickson. Sila ambil perhatian! Selepas keluar dari lebuhraya Seremban - Port Dickson dan akan berakhir di sebuah bulatan sila amik arah kanan menuju ke bandar Port Dickson. Sepanjang laluan ini anda akan menemui
No comments:
Post a Comment