Isa Samad BUKAN Calon Terbaik UMNO

Monday, October 12, 2009

[PRK N.31 Bagan Pinang] Perasuah Menang Selesa

Pas dan Pakatan Rakyat akhirnya terpaksa akur Bagan Pinang kekal di tangan Umno-BN. Tan Sri Isa Samad akan kembali ke dalam dewan undangan negeri seperti tahun-tahun sebelum PRU 2004 cuma bezanya tempatnya bukan di kerusi Menteri Besar cuma sekadar wakil rakyat biasa. Tahniah untuk TSIS, perasuah Umno yang berjaya menawan pengundi!

TSIS menang bergaya di Bagan Pinang dengan majoriti 5435 undi berbanding PRU 2008 calon BN hanya menang dengan majoriti 2333 undi. Peningkatan undi majoriti yang diperoleh melebihi 100%. Undi Pas juga berkurang dari 4097 undi pada 2008 kepada 2578 undi, hilang 2519 undi.

Banyak faktor penyebab kekalahan besar Pas di Bagan Pinang. Nampaknya selepas ini sukar lagi untuk kita mempercayai pencula-pencula undi mahupun penganalisis/pemerhati pilihan raya. Buktinya sehingga pagi hari pengundian sahaja pelbagai maklumat yang masuk masih mengekalkan samada kemenangan Umno mahupun Pas adalah amat tipis. Kononnya peluang masih sama rata 50-50 untuk pakatan mahupun barisan untuk menang. Malah maklumat yang diterima dari Pengarah Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang sendiri sewaktu ditemui selepas waktu pengundian ditutup begitu yakin meletakkan sasaran Pas akan berjaya mengecilkan majoriti Umno-BN, tambahnya lagi paling tidakpun kalau Pas kalah hanyalah disebabkan faktor undi pos.

Samada Salehudin begitu mempercayai petugas pilihan rayanya atau beliau sendiri tidak turun melihat keadaan sebenar tidaklah diketahui. Andaian ini serupa semasa Najib hampir tewas di Parlimen Pekan tahun 1999. Najib dikatakan jarang turun ke kawasan sebaliknya sekadar mendapatkan laporan terus dari wakilnya yang sentiasa 'no problem' dan 'semua okey'. Itu Najib, malanglah Pas kalau komander pilihan rayanya juga bersikap demikian. Sukar untuk mempercayai adakah benar kata-kata itu keluar dari mulut Salehudin petang tadi.

Kalau di Manek Urai dikatakan pilihan raya paling kotor dengan rasuah yang berleluasa tapi apa bezanya di Bagan Pinang? Pas masih menang dengan majoriti tipis dan berjaya pertahankan Manek Urai tapi di Bagan Pinang Pas tersungkur dengan undi majoriti yang lebih sekali ganda dan gagal merampasnya. Kalau benar isu rasuah semata-mata, dengan jentera pilihan raya yang datang dari seluruh negara Pas sepatutnya masih boleh kalah dengan majoriti yang lebih tipis tapi bukan dengan majoriti 5435 undi. Faktor rasuah pilihan raya mungkin kita kena tolak tepi dulu.

Isunya disini bukan untuk menuding jari kepada sesiapa dalam 'jentera Pas'. Masing-masing sudah bertungkus lumus tapi 'X Factor' kekalahan Pas adalah Pas itu sendiri. Banyak cakap-cakap yang didengar antaranya tiada kesepakatan antara jentera dalam pakatan rakyat. Sebelum penamaan janji itu dan ini, tapi bila mula kempen 'tuan rumah' lupa janji. Rakan terpaksa berkerja sendirian, nampak macam sepakat bila semua pemimpin atas satu pentas tapi hakikatnya jentera bawahan buat hal masing-masing.

Faktor calon mungkin penyebab undi Pas menurun, ikutkan malas nak ulang lagi. Calon di Bagan Pinang ini hanya jadi 'pak pacak' yang diusung ke sana ke mari. Inilah punca bila calon tak kenal pengundi. Datuk Ishak Lenggeng pun turut serang calon di Bagan Pinang, katanya orang Lenggeng pun dah tiga kali tolak calon ini kenapa pula orang Bagan Pinang nak menerimanya. Itu kata Datuk Ishak, orang kuat TSIS semasa jadi Menteri Besar. Ramai kecewa bila calon tempatan tak diterima, calon Pas ini awal-awal lagi bila kematian Adun BN sudah pasang jentera. Mungkin dah berniat dari awal untuk diminta dijadikan calon. Isu kononnya TSIS juga bukan calon tempatan jelas tak berasas. Memanglah TSIS asal Melaka tapi harus diketahui TSIS pernah jadi MB Negeri Sembilan 22 tahun, lebih dikenali pengundi Bagan Pinang malah calon Pas belum pun lagi jadi pesuruhjaya.

Wallahuakalam

* Posting ini hanyalah pendapat peribadi penulis, mungkin sedikit emosi tapi bukan berniat menuding jari. Kita diajar bersikap taat dan patuh kepada pemimpin tapi ada masanya teguran perlu dilakukan. Mungkin mereka asyik dengan keghairahan kemenangan PRK sebelum ini atau mungkin ada hikmah dariNya. Istiqamahlah dalam pejuangan. Bersama Kehendak Rakyat. Takbir!

Friday, October 9, 2009

[PRK N.31 Bagan Pinang] Undi Umno Dapat Bala

YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramah beliau sebentar tadi di sini menggesa pengundi Bagan Pinang menolak Umno-BN. Kerajaan BN yang ada sekarang bukanlah sebuah kerajaan yang berteraskan Islam yang sebenar. Mengimbau kembali 19 tahun dahulu apabila Pas memerintah Kelantan perkara pertama yang dilakukan beliau ialah memindahkan semua duit kerajaan negeri dari bank konvensional ke Bank Islam sebagai menuruti kehendak syariat Islam.

Pada majlis penerangan sempena PRK Bagan Pinang ini YAB MB Kelantan sudi melawat tapak Expo Kenali Kelantan yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan yang diadakan di perkarangan rumah Pak Din di Kg. Bagan Pinang. Tujuan pameran ini sebagai menunjukkan bukti pembangunan negeri Kelantan sepanjang 19 tahun di bawah pemerintah kepimpinan ulama.

Di akhir ceramah Tuan Guru Nik Aziz sempat berpantun "Undi Pas dapat pahala, undi Umno dapat Bala"

Salam Reformasi, Takbir!

Thursday, October 8, 2009

[PRK N.31 Bagan Pinang] BN Terdesak untuk Menang

Umno-BN mula menunjukkan belang sebenar mereka. Bermula dengan kejadian pemuda Pas dipukul di Taman Dato' Abdul Samad pada sebelah petang dalam Majlis Hi-Tea anjuran Pakatan Rakyat dan kemudian pada sebelah malamnya pula mereka menyerang Markaz Induk dan Markaz Pemuda Pas dengan membelasah petugas dan merosakkan harta benda.

Dalam satu SMS yang diterima dari Ketua Pemuda Pas, ustaz Nasarudin Tantawi menyeru pemuda-pemuda Pas seluruh negara agar dapat turun segera ke Bagan Pinang membantu petugas dan kawalan keselamatan.

Sementara itu, Pas melancarkan kempen 'gelombang ketiga' bagi menemui pengundi-pengundi Bagan Pinang. Dalam kempen ini Pas akan mengetuai setiap kumpulan yang disertai pimpinan PKR dan DAP.

Sumber rapat juga melaporkan, Pas perlu lebih fokus dengan isu-isu yang dekat di hati pengundi kerana jurang perbezaan undi antara Pas dan BN semakin mengecil kerana itulah Umno begitu cuak dengan perkembangan ini.

Ayuh penyokong Pakatan Rakyat! hanya tinggal tiga hari lagi untuk kita nyahkan Umno dari bumi Bagan Pinang. Istiqamahlah dalam berjuang, bersama kehendak rakyat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Perjuangan Islam memerlukan pengorbanan. Takbir!

Monday, October 5, 2009

[PRK N.31 Bagan Pinang] Menunggu Janji Umno

Dipetik dari Blog CheGuBard
Ketika Pilihanraya Bn telah menaburkan perbagai janji. Banyak antara janji tersebut telah dibohongi, antaranya Pengarah Pilihanraya Bn Pusat telah berjanji bahawa minyak 'pasti' tidak naik tahun ini (2008) namun selepas Bn menang pilihanraya minyak dinaikkan dalam tahun yang sama. Begitu juga di peringkat tempatan sehingga kini terlalu banyak janji pilihanraya tidak tertunai. Melalui surat ini juga selaku Ketua KEADILAN Cabang Rembau ingin menuntut janji pilihanraya Bn dikawasan Rembau. Kini sudah 18 bulan dari tarikh rakyat mengundi Bn di Rembau kerana janji pilihanraya, dari ratusan janji pilihanraya cukup disenaraikan empat janji yang sehingga kini masih belum nampak seperti mahu ditunaikan.

* Janji Hospital Daerah Rembau
berpuluh tahun dibawah Bn daerah Rembau terpinggir, bukan hospital yang sempurna tetapi langsung tidak punya hospital daerah. Orang Rembau terpaksa ke Tampin atau Seremban untuk mendapat rawatan 'sempurna'. Setelah lama tersiksa akhirnya rakyat dijanjikan Hospital Daerah Rembau ketika pilihanraya. Namun seperti tertipu sehingga kini langsung tidak nampak bayang Hospital Rembau.

* Masjid Pedas
bukan sedikit kerja pecah tanah ketika pilihanraya antaranya pecah tanah Masjid Pedas.Namun sehingga kini tanah yang diratakan untuk majlis pecah tanah dan kempen pilihanraya Bn itu tinggal kosong dan dipenuhi semak samun.

* Pusat Tuisyen Emas
kononya calon Bn amat prihatin isu pelajaran penduduk setempat dengan menjanjikan pusat tuisyen percuma. Namun sehingga kini kerja semudah membuka pusat tusiyen yang dijanjikan ini juga gagal dilaksanakan.

* Lapangan Terbang 'ringan'
orang Rembau bukan setakat dijanjikan hospital, masjid tetapi turut dijanjikan Lapangan Terbang. Begitulah usaha Bn untuk menang pilihanraya dengan menabur janji. Menjadi bahan jenaka jika difikirkan dengan waras namun sehingga kini orang Rembau menantikan lapangan terbang yang dijanjikan buat mereka.
Pengundi Bagan Pinang sila ambil iktibar dari janji manis Umno sepanjang pilihanraya umum yang lalu. Contoh yang diambil ini dari kawasan YB Khairy Jamaluddin di parlimen Rembau, selepas PRU semua tinggal janji. Kini di PRK Bagan Pinang juga ditabur pelbagai projek, tentera diisytihar dapat Bandar Tentera Darat, murid dijanji dapat sekolah, ahli kariah dijanji dapat masjid. Pastikan jangan janji tinggal janji walaupun BN kalah di Bagan Pinang nanti.

Tahukah anda sepanjang Tan Sri Isa Samad memerintah Negeri Sembilan, bandar Seremban telah diberikan status Bandar Bangunan Terbengkalai? Lihat saja di hadapan Terminal One Seremban, bangunan berhadapan Hospital Pakar Seremban, malah banyak taman-taman perumahan terbengkalai sepanjang Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri Besar. Semuanya telah mencemarkan pemandangan di bandar Seremban.

Saturday, October 3, 2009

[Penamaan Calon 03 Oktober 2009] Risik dari Tempat Umno (atas bukit)

Gambar-gambar ini diambil dari kawasan atas bukit. Tempat penamaan calon kali ini dikatakan memihak kepada Umno-BN yang diletakkan di atas bukit. Atas nama ingin mengasingkan penyokong kedua-dua belah parti agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini SPR mengarahkan penyokong PR diletakkan di bahagian pintu belakang MPPD yang jauh tersorok. Namun penyokong PR jauh lebih ramai dari Umno-BN hingga memenuhi ruang bawah tempat Umno-BN ditempatkan.

Gambar 1&2 - Umno-BN tidak mampu melawan sorak dan hiruk pikuk penyokong PR. Bacaan selawat, laungan semangat dan sebagainya membuatkan Umno-BN tersimpul malu kerana mereka diwakili anak-anak muda yang mungkin pelajar sekolah untuk membalas sorakan. Yang jelas tiada laungan semangat selain caci maki terhadap penyokong PR.

Gambar 3,4&5 - Ketika mana beberapa kerat penyokong dikerah membuat laungan semangat, kebanyakan yang lain sibuk berbual kosong dan sibuk memenuhkan perut. Juga seperti biasa Puteri Umno hanya sibuk menjadi pemerhati bersama-sama dengan rakan mereka dari Pemuda MIC.

Gambar 6&7 - "Kalau tahu kat calon Umno Tan Sri Isa Samad ado yang nak kono sasah nanti" Ketika hujan yang turun sekejap, budak sekolah ini mengambil kesempatan menggunakan bahan kempen ini sebagai alat pelindung hujan dan apabila hujan berhenti benda ini dibuang ketepi.

Gambar ini pula adalah bantahan Kelab Penyokong BN kononnya kedudukan penyokong PR dikatakan sudah melebihi sempadan kawasan. Habis dimaki polis ini dan puas juga untuk polis ini memberi penjelasan. Akhirnya ketua kumpulan ini terpaksa blah macam tu saja apabila penyokong PR tetap tak beranjak. Takbir!

Friday, October 2, 2009

[Penamaan Calon 03 Oktober 2009] Berkumpul dan Solat Hajat Dahulu

Makluman Hari Penamaan Calon

7.15 pagi : Berkumpul di Masjid Bagan Pinang. Solat Hajat akan dipimpin oleh Presiden PAS, Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang.

7.30 pagi : Berarak ke Pusat Penamaan calon.

Kenderaan penyokong Pakatan Rakyat dibenarkan parking di Sekolah Menengah Dato' Abdul Samad.

Laman Alternatif Pilihanraya Kecil N.31 Bagan Pinang

Salam Ramadhan, Salam Merdeka!!!

Sempena pilihanraya kecil N.31 Dun Bagan Pinang yang dijangka berlangsung selapas Aidilfitri. Blog ini diwujudkan sebagai persediaan menghadapi PRK ini dan diharapkan semua sumber maklumat dapat disatukan dan dapat disampaikan agar dapat menjadi panduan kepada setiap pengundi untuk memilih calon. Semoga saudara/saudari dapat memanfaat daripada teknologi pada hari ini.