Pas dan Pakatan Rakyat akhirnya terpaksa akur Bagan Pinang kekal di tangan Umno-BN. Tan Sri Isa Samad akan kembali ke dalam dewan undangan negeri seperti tahun-tahun sebelum PRU 2004 cuma bezanya tempatnya bukan di kerusi Menteri Besar cuma sekadar wakil rakyat biasa. Tahniah untuk TSIS, perasuah Umno yang berjaya menawan pengundi!
TSIS menang bergaya di Bagan Pinang dengan majoriti 5435 undi berbanding PRU 2008 calon BN hanya menang dengan majoriti 2333 undi. Peningkatan undi majoriti yang diperoleh melebihi 100%. Undi Pas juga berkurang dari 4097 undi pada 2008 kepada 2578 undi, hilang 2519 undi.
Banyak faktor penyebab kekalahan besar Pas di Bagan Pinang. Nampaknya selepas ini sukar lagi untuk kita mempercayai pencula-pencula undi mahupun penganalisis/pemerhati pilihan raya. Buktinya sehingga pagi hari pengundian sahaja pelbagai maklumat yang masuk masih mengekalkan samada kemenangan Umno mahupun Pas adalah amat tipis. Kononnya peluang masih sama rata 50-50 untuk pakatan mahupun barisan untuk menang. Malah maklumat yang diterima dari Pengarah Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang sendiri sewaktu ditemui selepas waktu pengundian ditutup begitu yakin meletakkan sasaran Pas akan berjaya mengecilkan majoriti Umno-BN, tambahnya lagi paling tidakpun kalau Pas kalah hanyalah disebabkan faktor undi pos.
Samada Salehudin begitu mempercayai petugas pilihan rayanya atau beliau sendiri tidak turun melihat keadaan sebenar tidaklah diketahui. Andaian ini serupa semasa Najib hampir tewas di Parlimen Pekan tahun 1999. Najib dikatakan jarang turun ke kawasan sebaliknya sekadar mendapatkan laporan terus dari wakilnya yang sentiasa 'no problem' dan 'semua okey'. Itu Najib, malanglah Pas kalau komander pilihan rayanya juga bersikap demikian. Sukar untuk mempercayai adakah benar kata-kata itu keluar dari mulut Salehudin petang tadi.
Kalau di Manek Urai dikatakan pilihan raya paling kotor dengan rasuah yang berleluasa tapi apa bezanya di Bagan Pinang? Pas masih menang dengan majoriti tipis dan berjaya pertahankan Manek Urai tapi di Bagan Pinang Pas tersungkur dengan undi majoriti yang lebih sekali ganda dan gagal merampasnya. Kalau benar isu rasuah semata-mata, dengan jentera pilihan raya yang datang dari seluruh negara Pas sepatutnya masih boleh kalah dengan majoriti yang lebih tipis tapi bukan dengan majoriti 5435 undi. Faktor rasuah pilihan raya mungkin kita kena tolak tepi dulu.
Isunya disini bukan untuk menuding jari kepada sesiapa dalam 'jentera Pas'. Masing-masing sudah bertungkus lumus tapi 'X Factor' kekalahan Pas adalah Pas itu sendiri. Banyak cakap-cakap yang didengar antaranya tiada kesepakatan antara jentera dalam pakatan rakyat. Sebelum penamaan janji itu dan ini, tapi bila mula kempen 'tuan rumah' lupa janji. Rakan terpaksa berkerja sendirian, nampak macam sepakat bila semua pemimpin atas satu pentas tapi hakikatnya jentera bawahan buat hal masing-masing.
Faktor calon mungkin penyebab undi Pas menurun, ikutkan malas nak ulang lagi. Calon di Bagan Pinang ini hanya jadi 'pak pacak' yang diusung ke sana ke mari. Inilah punca bila calon tak kenal pengundi. Datuk Ishak Lenggeng pun turut serang calon di Bagan Pinang, katanya orang Lenggeng pun dah tiga kali tolak calon ini kenapa pula orang Bagan Pinang nak menerimanya. Itu kata Datuk Ishak, orang kuat TSIS semasa jadi Menteri Besar. Ramai kecewa bila calon tempatan tak diterima, calon Pas ini awal-awal lagi bila kematian Adun BN sudah pasang jentera. Mungkin dah berniat dari awal untuk diminta dijadikan calon. Isu kononnya TSIS juga bukan calon tempatan jelas tak berasas. Memanglah TSIS asal Melaka tapi harus diketahui TSIS pernah jadi MB Negeri Sembilan 22 tahun, lebih dikenali pengundi Bagan Pinang malah calon Pas belum pun lagi jadi pesuruhjaya.
Wallahuakalam
* Posting ini hanyalah pendapat peribadi penulis, mungkin sedikit emosi tapi bukan berniat menuding jari. Kita diajar bersikap taat dan patuh kepada pemimpin tapi ada masanya teguran perlu dilakukan. Mungkin mereka asyik dengan keghairahan kemenangan PRK sebelum ini atau mungkin ada hikmah dariNya. Istiqamahlah dalam pejuangan. Bersama Kehendak Rakyat. Takbir!
Suzuki Kembali Pamerkan Mesin Turbo buat Motor
-
sewa motor di pontianak sewa motor pontianak Rental motor di pontianak Rental
motor pontianak Ojek motor pontianak Ojek Online pontianak
Suzuki memang suda...
6 years ago
No comments:
Post a Comment