Isa Samad BUKAN Calon Terbaik UMNO

Monday, October 5, 2009

[PRK N.31 Bagan Pinang] Menunggu Janji Umno

Dipetik dari Blog CheGuBard
Ketika Pilihanraya Bn telah menaburkan perbagai janji. Banyak antara janji tersebut telah dibohongi, antaranya Pengarah Pilihanraya Bn Pusat telah berjanji bahawa minyak 'pasti' tidak naik tahun ini (2008) namun selepas Bn menang pilihanraya minyak dinaikkan dalam tahun yang sama. Begitu juga di peringkat tempatan sehingga kini terlalu banyak janji pilihanraya tidak tertunai. Melalui surat ini juga selaku Ketua KEADILAN Cabang Rembau ingin menuntut janji pilihanraya Bn dikawasan Rembau. Kini sudah 18 bulan dari tarikh rakyat mengundi Bn di Rembau kerana janji pilihanraya, dari ratusan janji pilihanraya cukup disenaraikan empat janji yang sehingga kini masih belum nampak seperti mahu ditunaikan.

* Janji Hospital Daerah Rembau
berpuluh tahun dibawah Bn daerah Rembau terpinggir, bukan hospital yang sempurna tetapi langsung tidak punya hospital daerah. Orang Rembau terpaksa ke Tampin atau Seremban untuk mendapat rawatan 'sempurna'. Setelah lama tersiksa akhirnya rakyat dijanjikan Hospital Daerah Rembau ketika pilihanraya. Namun seperti tertipu sehingga kini langsung tidak nampak bayang Hospital Rembau.

* Masjid Pedas
bukan sedikit kerja pecah tanah ketika pilihanraya antaranya pecah tanah Masjid Pedas.Namun sehingga kini tanah yang diratakan untuk majlis pecah tanah dan kempen pilihanraya Bn itu tinggal kosong dan dipenuhi semak samun.

* Pusat Tuisyen Emas
kononya calon Bn amat prihatin isu pelajaran penduduk setempat dengan menjanjikan pusat tuisyen percuma. Namun sehingga kini kerja semudah membuka pusat tusiyen yang dijanjikan ini juga gagal dilaksanakan.

* Lapangan Terbang 'ringan'
orang Rembau bukan setakat dijanjikan hospital, masjid tetapi turut dijanjikan Lapangan Terbang. Begitulah usaha Bn untuk menang pilihanraya dengan menabur janji. Menjadi bahan jenaka jika difikirkan dengan waras namun sehingga kini orang Rembau menantikan lapangan terbang yang dijanjikan buat mereka.
Pengundi Bagan Pinang sila ambil iktibar dari janji manis Umno sepanjang pilihanraya umum yang lalu. Contoh yang diambil ini dari kawasan YB Khairy Jamaluddin di parlimen Rembau, selepas PRU semua tinggal janji. Kini di PRK Bagan Pinang juga ditabur pelbagai projek, tentera diisytihar dapat Bandar Tentera Darat, murid dijanji dapat sekolah, ahli kariah dijanji dapat masjid. Pastikan jangan janji tinggal janji walaupun BN kalah di Bagan Pinang nanti.

Tahukah anda sepanjang Tan Sri Isa Samad memerintah Negeri Sembilan, bandar Seremban telah diberikan status Bandar Bangunan Terbengkalai? Lihat saja di hadapan Terminal One Seremban, bangunan berhadapan Hospital Pakar Seremban, malah banyak taman-taman perumahan terbengkalai sepanjang Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri Besar. Semuanya telah mencemarkan pemandangan di bandar Seremban.

No comments:

Post a Comment

Laman Alternatif Pilihanraya Kecil N.31 Bagan Pinang

Salam Ramadhan, Salam Merdeka!!!

Sempena pilihanraya kecil N.31 Dun Bagan Pinang yang dijangka berlangsung selapas Aidilfitri. Blog ini diwujudkan sebagai persediaan menghadapi PRK ini dan diharapkan semua sumber maklumat dapat disatukan dan dapat disampaikan agar dapat menjadi panduan kepada setiap pengundi untuk memilih calon. Semoga saudara/saudari dapat memanfaat daripada teknologi pada hari ini.